Apa yang menarik kebanyakan failasuf Andalus juga turut tercebur dalam bidang perubatan.Antara mereka ialah Ibn Bajjah (md 1139M),Ibn Tufayl (1105-1185M),Ibn Rusyd dan Maimonides.Dalam lapangan falsafah, Ibn Rusyd (1126-1198M) telah meninggalkan dampak yang mendalam kepada kebangkitan “The Enlightenment” Eropah.Karya-karya Ibn Rusyd telah dijadikan teks rujukan terpenting di universiti-universiti Eropah pada abad ke 14 dan 15 Masihi terutama dalam memahami logik Aristotle.Pengaruh aliran falsafah beliau menguasai Eropah sehingga abad ke 17M.Ibn Rusyd telah merevolusikan pemikiran intelectual golongan elit Eropah dan membantu usaha ke arah pembebasan pemikiran yang dibelenggu oleh aliran-aliran klasikal.