C huruf ketiga abjad Rumi. C simbol kimia bagi karbon ca huruf keenam abjad Jawi. Ca



Yüklə 0.76 Mb.
səhifə1/14
tarix18.08.2017
ölçüsü0.76 Mb.
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   14
c huruf ketiga abjad Rumi.

C simbol kimia bagi karbon.

ca huruf keenam abjad Jawi.

Ca simbol kima bagi kalsium.

cabai I sj buah yg berasa pedas (digunakan dlm masakan), cili, lada, Capsicum spp.;

~ acung = ~ seberang = ~ selasih sj tumbuhan (herba), lada merah, lada cancang, lada gedang, Capsicum annuum; ~ burung = ~ melaka = ~ rawit sj tumbuhan (herba yg buahnya kecil-kecil dan pedas rasanya), lada api (burung, cina, kecil, kerawit, ketek), cili padi, Capsicum frutescens;

kecil-kecil ~ melaka = kecil-kecil ~ rawit prb sungguhpun kecil, tetapi garang (berani); siapa makan ~ dialah berasa pedas prb siapa yg bersalah dialah yg berasa tersindir (siapa yg berbuat salah dialah yg menanggung akibatnya);

kecabaian berasa panas atau pijar pd tempat yg kena cabai; spt orang ~ prb tidak tentu hala rupanya (tidak boleh diam, gelisah sangat, dsb).

cabai II sj tumbuhan (pokok memanjat), Piper longum;

~ hutan sj tumbuhan (pokok memanjat), akar kalung, Piper lanatum; ~ jawa (alas panjang, sulah) sj tumbuhan (pokok memanjat yg buahnya pedas), lada panjang, Piper retrofractum.

cabai III; burung ~ sj burung kecil yg berkepala merah.

cabak I sj burung (spt burung layang-layang) yg terbang pd malam hari sahaja.

cabak II koyak yg luas (besar); cabik I.

cabang I 1. bahagian yg tumbuh dr batang atau dahan pokok: daun tumbuh di ~; 2. bahagian hujung yg berpecah spt dua jari terbuka (bkn galah, lembing, tongkat); besi ~ tiga trisula; 3. bahagian atau bahagian kecil pd tanduk rusa dsb; 4. bahagian atau bahagian kecil sesuatu jalan (sungai, jalan kereta api, dsb) yg berpecah dr bahagian yg utama: ~ jalan; sungai itu banyak ~nya; 5. cawangan: Malayan Banking Berhad mempunyai banyak ~nya di seluruh Malaysia; 6. bahagian atau bahagian kecil drpd sesuatu lapangan pengetahuan (rumpun bahasa, bangsa, dsb): botani ialah ~ biologi; bahasa Melayu ialah ~ rumpun bahasa Melayu-Polinesia; 7. golongan masyarakat: ia dilahirkan dlm kalangan kaum menak, kaum bangsawan ~ atas;

~ buaya = ~ perahu kayu bercabang pd rangka badan perahu; ~ guling cabang pd haluan atau belakang perahu; ~ tenggorok bahagian kecil dr batang tenggorok, bronkiol;

bercabang 1. mempunyai cabang, tumbuh cabangnya: pokok pinang memang tidak ~; 2. berpecah kpd bahagian (kumpulan dsb) kecil: jalan itu ~ tiga; satu kumpulan ~ ke haluan lain utk memulakan kajian perbandingan; 3. berbelah bahagi (fikiran, ingatan, dsb): ~ hatinya (fikirannya, ingatannya); lidah ~ tiada boleh dipercayai apa katanya;

bercabang-cabang, cabang-bercabang 1. tumbuh banyak cabang; 2. berpecah kpd banyak bahagian kecil; 3. berdolak-dalik: membuat kenyataan yg ~;

mencabangkan (bkn pokok) menjadikan bercabang atau tumbuh cabangnya dgn melekapkan benih pd pohon atau mencantum;

mempercabangkan menjadikan bercabang(-cabang);

percabangan 1. perihal bercabang atau tumbuh cabangnya; 2. tempat yg bercabang (jalan, sungai, dsb), persimpangan: ~ jalan.

cabang II; ~ tiga = akar tiga ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), mentimun dendang, timun dendang lonjong, Trichosanthes celebica; akar ~ lima sj tumbuhan (pokok memanjat), akar papan, kangkung gajah, Vitis lanceolaria; akar ~ tujuh sj tumbuhan (pokok memanjat), akar carik biawak, akar kayah asam, Vitis polystachya.

cabar I = ~ hati tawar hati, takut, penakut: ~nya segala orang muda-muda ini;

mencabar 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, mempersoalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi;

cabar-mencabar (perbuatan) saling mencabar (antara satu dgn lain): ~ adalah suatu bentuk provokasi yg mesti dielakkan;

mencabarkan menawarkan hati, menghilangkan keberanian, menjadikan takut;

tercabar kena cabar (dipersoalkan): dia tidak rela kelelakiannya ~;

cabaran 1. hasil mencabar (mempersoalkan, mempertikaikan); 2. ajakan (utk berlawan dsb); 3. sesuatu (unsur, faktor, dsb) yg mencabar (menguji kemampuan dan ketabahan seseorang atau sesuatu organisasi dll): pekerjaan yg penuh dgn ~;

kecabaran ketawaran hati, ketakutan;

pencabar orang (pihak, golongan, dsb) yg mencabar: ~ juara dunia, Anatoly Karpov, berjaya menyamakan kedudukan lapan mata; ~ kpd golongan elit ini menuduh mereka menjual kepentingan kumpulan etnik mereka kpd kumpulan etnik lain.

cabar II Mn 1. kurang hati-hati, kurang ingat-ingat, lalai; 2. kurang hemat, boros.

cabau Mn; mencabau mencakar.

cabik I 1. koyak, carik (pd kain dsb); cobak-~ koyak-koyak, robek, sobek; 2. penjodoh bilangan utk sesuatu yg dikoyakkan, helai: se~ kain;

cabik-cabik koyak-koyak, robek, sobek;

mencabik mengoyak, mencarik, menyobek;

mencabik-cabik mengoyak-ngoyak, mencarik-carik, menyobek-nyobek;

mencabikkan mengoyakkan, mencarikkan, menyobekkan;

mencabik-cabikkan mengoyak-ngoyakkan, mencarik-carikkan, menyobek-nyobekkan;

cabikan carikan, koyakan, sobekan;

pencabikan perihal atau perbuatan mencabik(kan).

cabik II; ~ hantu sj tumbuhan (pokok), akar belalang puak, Pittosporum ferrugineum.

cabir koyak panjang;

bercabiran cabir di sana sini, koyak-koyak panjang: seluar dan baju kertasnya itu ~ diterbangkan oleh angin; cobar.

cabit cabik I.

cabo Jk jalang, sundal.

cabuh Mn rusuh, huru-hara, heboh, kacau; cabur I.

cabuk I sj penyakit, pekung.

cabuk II sj ikan laut, Chirocentrus dorab.

cabuk III cambuk.

cabuk IV 1. buruk dan tidak berguna lagi: kasut yg sudah ~ dibuangnya; 2. bp rendah kedudukannya atau kurang dikenali (dihormati, disegani dsb): aku hanyalah seorang pegawai ~; 3. rendah nilainya atau kurang bermutu (bkn sesuatu benda): aku naik kereta ~ saja, lainlah engkau.

cabul I 1. keji dan kotor, tidak sopan, tidak senonoh, melanggar kesusilaan (bkn perbuatan, tindakan, pertuturan, dll): kata-kata ~; gambar ~; sastera ~; 2. melanggar adat dan kebiasaan (bkn kelakuan dsb), (sangat) buruk: apa sahaja yg dibuatnya ~ belaka; 3. melanggar larangan (pantang);

~ di hutan (laut) mengeluarkan perkataan-perkataan yg memarahkan hantu-hantu hutan (laut); perempuan ~ perempuan jalang, perempuan sundal, pelacur;

bercabul 1. berbuat cabul; 2. berjangkit dan merebak (bkn penyakit), bermaharajalela (bkn kejahatan, peperangan, dsb): ahli-ahli siasah yg bijak telah tidak berjaya mencegah supaya peperangan jangan ~;

mencabul, mencabuli 1. menodai, mencemari (kehormatan perempuan dll): maka dicurinya hartanya dan isteri saudagar itu pun dicabulinya; ~ kehormatan (seseorang gadis) menodai atau merosakkan kesucian (seseorang gadis); 2. memperkosa atau melanggar (kedaulatan, hak, dsb): tujuan NATO ditubuhkan ialah utk mempertahankan negeri-negeri utara dan barat Eropah drpd dicabuli oleh Soviet;

kecabulan perihal cabul;

pencabulan perihal (perbuatan dsb) mencabul(i) (kehormatan perempuan, kedaulatan negara, dll): langkah-langkah utk menghalang sebarang ~ ruang angkasa Pakistan oleh rejim Afghanistan;

pencabul orang (pihak) yg mencabul(i) hak, kehormatan, dsb orang (pihak) lain.

cabul II orang yg terlalu pendek; cebol.

cabur I; kecaburan kekacauan, rusuhan; cabuh.

cabur II Mn cebur.

cabut I 1. tarik; 2. keluar (pergi, lari) dr sesuatu tempat: anak abang itu jangan abang ~ dr sekolah supaya ada pelajarannya sedikit; ~ lari lari meninggalkan sesuatu tempat dgn segera;

bercabut (telah) dicabut, terbantun, terhunus;

mencabut 1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut;

mencabuti mencabut berkali-kali, mencabut banyak-banyak (sekali gus);

mencabutkan mencabut (sesuatu) utk orang lain, menarikkan: Abu ~ kami beberapa perdu ubi keledek utk dibawa pulang;

tercabut 1. sudah dicabut; 2. dapat (boleh) dicabut: keris itu tidak ~ drpd sarungnya;

cabutan 1. apa yg (sudah) dicabut, diambil dr sesuatu; ~ bertuah undian yg dibuat dgn mencabut keratan kertas bernombor secara rambang yg menawarkan hadiah tertentu; 2. petikan (drpd karangan dsb);

pencabutan perihal (perbuatan, tindakan, dsb) mencabut, penarikan (kembali), pembatalan, penghapusan;

pencabut orang yg (alat utk) mencabut; ~ paku alat utk mencabut paku.

cabut II komisen, dalal, upah; ~ sepuluh satu dlm tiap-tiap sepuluh (sen, ringgit, dll), satu (sen, ringgit dll) diambil sbg komisen.

cabut III; main ~ sj permainan terup, main dua puluh satu.

caca I sj masakan drpd sayur-sayuran dll yg berkuahkan cuka; ~ anak ikan caca yg dicampur dgn ikan kecil, pekasam anak ikan.

caca II sj bubur yg isinya dibuat drpd adunan tepung (yg diwarnai dgn pelbagai warna, digunting, dan dikeringkan).

caca III sj irama dan tarian Barat.

cacah I corak atau gambar yg dilukis pd kulit badan dgn cara melukai atau mencucuk-cucuknya dgn benda tajam dan diwarnai, tatu: tubuhnya dipenuhi dgn ~ bunga terung;

bercacah bergambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakan kulit dgn benda yg tajam dan mewarnainya;

mencacah 1. mencucuk-cucuk kulit dgn jarum atau benda yg tajam; 2. membuat gambar pd kulit dgn mencucuk atau melukakannya dgn benda tajam dan diwarnai; 3. menyuntik; 4. ki menggarap sesuatu dgn cara menyelidik dan menganalisis secara mendalam: persoalan itu dicacah secara cermat dan dgn penuh keilmuan;

pencacahan perihal (perbuatan) mencacah: ~ pengalaman melalui manipulasi matematik;

pencacah 1. orang yg mencacah; 2. alat (jarum dsb) utk mencacah: jarum ~.

cacah II sj tumbuhan (pokok), lempoyan, Stereospermum fimbriatum.

cacah III Jw; mencacah mencencang halus-halus: ~ daging.

cacah IV Jw 1. bilangan, jumlah; ~ jiwa banyaknya penduduk (di sesuatu daerah); 2. catatan tentang bilangan penduduk, banci;

bercacah mempunyai bilangan penduduk; ~ jiwa seribu orang banyaknya penduduk ialah seribu orang.

cacah V Jw ark petani yg menjadi anggota desa.

cacah VI Mn cecah.

cacak I tegak (galah, tiang, dll); ~ lari lari tergesa-gesa atau cepat-cepat;

mencacak berdiri tegak lurus; ~ tonggak berdiri dan terdiam sebentar;

mencacakkan 1. menanam sesuatu tegak (di tanah dll): ~ tiang bendera; ~ belat menahan belat; 2. mendirikan, menegakkan: pelita minyak yg dicacakkan di tepi jalan itu menerangi kegelapan;

tercacak 1. terdiri (berdiri) tegak: jambul ~ di atas kepala; 2. tertanam, terpancang tegak: tali itu tergantung pd galah yg ~ di tanah; 3. terbenam (tertanam) ke dlm sesuatu (tanah, badan, dll); ~ spt lembing tergadai prb terdiri tegak dan tercengang-cengang.

cacak II Mn; mencacak 1. mencubit; 2. menyeluk saku (kocek);

pencacak penyeluk saku (kocek).

cacamarba mengandungi pelbagai unsur, bercampur aduk, (ber)pelbagaian: akibat kegelabahan kita, berterusanlah kebudayaan ~ yg meremehkan peranan kebudayaan Melayu yg sepatutnya menjadi tonggak kebudayaan nasional.

cacamerba cacamarba.

cacang I sj tumbuhan (herba), kerak-kerak, sumpu cacing, Bonnaya veronicifolia; ~ layar sj tumbuhan (yg tumbuh di air, bunganya berwarna biru), kelayar, Monochoria hastata.

cacang II Kl,Tr cacak;

bercacang berdiri (tegak): tidak guna kita ~ di tengah panas ini;

bercacangan penuh sesak orang berdiri.

cacap sj air pelebat rambut (dibuat drpd air batang pisang, air akar empelas, dll);

mencacap 1. membasahi rambut dgn cacap; 2. Jw membasahi kepala, mengusap-usap kepala;

mencacapi ark menggenangi, merendami.

cacar I sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg berbintik-bintik dan meninggalkan kesan atau parut pd kulit, ketumbuhan;

~ air cacar yg mengandungi air, cengkering, jeluntung; ~ ayam sj penyakit ayam; ~ betul = ~ nanah cacar yg mengandungi nanah; ~ lembu sj penyakit virus yg mudah berjangkit yg menjangkiti bahagian puting tetek lembu (boleh juga menular kpd manusia); ~ monyet sj cacar yg kecil-kecil; ~ palsu campak;

bercacar ditanam benih cacar (utk mencegah penyakit cacar), bercungkil;

mencacar menanam benih cacar dlm tubuh, mencungkil;

pencacaran perihal mencacar, pencungkilan.

cacar II ark Tr lincah.

cacat kekurangan atau keadaan kurang sempurna (lengkap, baik) pd badan (benda, perbuatan, akhlak, batin, dll), cela; barang ini ~ sedikit rosak (kurang elok) sedikit; apa ~nya kalau kita menjemput dia apa buruknya (malunya, ruginya, celanya) kalau menjemput dia; ~nya sedikit, lampu di situ agak terang sayang lampu di situ agak terang;

~ akal tidak waras; ~ anggota cacat pd anggota (spt tidak bertangan dll); ~ cedera (cela, cida) bermacam-macam cacat;

bercacat mempunyai cacat, bercela;

mencacat mengatakan keburukan seseorang atau sesuatu, mencela: bangsa Melayu tidak dicacat dan dibencinya;

mencacati 1. menyebabkan sesuatu cacat, melukai (merosakkan dsb): jangan dicacati pokok kayu di perkarangan itu; 2. mencabul, menodai: ~ nama baiknya sendiri; ~ undang-undang melanggar undang-undang;

mencacatkan menjadikan atau menyebabkan cacat: rokok juga boleh ~ bayi;

tercacat tercela;

cacatan celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~;

kecacatan perihal (keadaan, sifat, dsb) kurang sempurna, kekurangan atau keadaan (yg menjejaskan sesuatu): ~ ini tidak zahir pd mata ramai kerana Sulung sangat pandai melindungkan kekurangannya; ~ pd anggotanya tidak sedikit pun menghalangnya mencapai cita-citanya; ~ sembahyang fardu yg tidak disengajakan, kerana lupa, rosak bacaan, dll;

pencacat orang yg suka mencacat(i), pencela, pencerca.

cacau 1. kacau, keliru, tidak tetap (fikiran, hati, perbuatan, dll); 2. menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu perasaan dan fikiran; 3. ark gugup (kebingungan dll);

mencacau menyebut atau melakukan sesuatu dgn tidak tentu fikiran dan perasaan, meracau;

cacauan yg disebut semasa mencacau, racauan: tiada seorang pun yg dapat mengerti ~ Yusof itu;

pencacau azimat utk mengelirukan atau membingungkan orang.

caci cela, cerca, nista; ~ maki kata yg keji dan kotor;

bercaci-cacian saling mencaci, saling mencela, saling mencerca, saling menghina;

mencaci 1. mengatakan keburukan orang, mencela, menghina: dia tidak mahu belajar lagi kerana gurunya selalu ~ dia di depan murid-murid lain; 2. = ~ maki memaki-maki dgn kata-kata yg keji dan kotor;

caci-mencaci (perbuatan) saling mencaci (antara satu sama lain): utk menenangkan keadaan, elakkan sebarang perbuatan ~ dan cabar-mencabar;

tercaci dicaci, terkeji: sifat-sifat yg ~;

cacian celaan, cercaan, nistaan;

pencaci orang yg mencaci.

cacibar sj burung, taptibau, Eurostopodus temminckii.

cacil ark sangat kecil (kalau dibandingkan dgn pasangannya atau lain-lain).

cacing beberapa jenis binatang yg bulat atau pipih panjang dan tidak beranggota (ada yg hidup dlm air, tanah, perut manusia atau binatang, dll);

~ benang = ~ gelang cacing halus yg biasanya hidup dlm tanah di lautan, daratan, dan padang pasir; ~ filaria cacing yg hidup dlm sistem limfa manusia yg boleh menyebabkan penyakit untut; ~ kerawit = ~ keruit cacing yg hidup dlm usus manusia dan binatang; ~ kermi cacing dlm usus; ~ parasit cacing yg mendapat makanan dr usus binatang dan manusia; ~ pita = ~ pipih cacing panjang dan leper yg berwarna putih kelabu (hidup dlm usus binatang atau manusia); ~ rambu cacing yg halus-halus; ~ tanah cacing bulat panjang yg licin dan badannya bergelang-gelang (hidup dlm tanah yg lembap);

~ hendak menjadi naga prb orang yg kecil-kecil hendak menjadi orang besar-besar; ~ kepanasan prb tidak diam atau tenang, selalu gelisah (kerana susah, sakit, malu, dll); ~ naik ke mata kelakuan yg melampau;

mencacing sangat kurus (badan);

cacingan menderita sakit kerana banyak cacing dlm perut.

cadai I; mencadai bergurau-gurau, bermain-main, berolok-olok.

cadai II kain basahan mandi.

cadak I condong (bkn tiang).

cadak II Jh berbeza.

cadang; bercadang mempunyai niat utk melakukan sesuatu (spt pergi melancong dll), berniat, berhajat, bertujuan: mereka ~ utk pergi melancong ke Bali;

mencadangkan 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, menganjurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntukkan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. mempersiapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan;

cadangan 1. sesuatu yg dicadangkan, anjuran, usul, saranan: setelah ~ menteri itu disokong, rang undang-undang itu pun diluluskan oleh Dewan; ~ Serang Sakar itu telah dipersetujui pula oleh Nakhoda Jaya; 2. persediaan (wang, harta, benda, dll) utk digunakan apabila perlu, dana; 3. rancangan, rencana: ~ lima tahun;

~ balas cadangan yg diberikan sbg tindak balas kpd cadangan yg terdahulu; ~ penimbal (Eko) himpunan bahan mentah utk mengawasi harga supaya tidak merosot atau tidak melambung tinggi; ~ wang tunai = ~ modal (Eko) persediaan harta (saham, wang, dsb);

pencadangan perihal (perbuatan dsb) mencadangkan;

pencadang orang yg mencadangkan (mengusulkan, menyarankan, mencalonkan, dll), pengusul, penyaran, pencalon.

cadar 1. kain penutup kepala atau muka perempuan; 2. = kain ~ kain penutup tilam; memasang (membentangkan) ~ menutup tilam dgn cadar;

bercadar memakai cadar, bertutup atau berpasang dgn cadar: tilam itu belum ~;

bercadarkan mempunyai sesuatu sbg cadar: ~ kain batik.

cadas (Sunda) lapisan tanah yg keras (terjadi drpd pasir atau tanah); wadas.

cadi kayu atau buluh yg dipasang di kiri kanan perahu supaya seimbang (jangan bergolek), katir.

cadik I cadi.

cadik II Mn cerdik.

cadir cadar.

caduk I Jw rabun (mata).

caduk II; mencaduk mengangkat atau menaikkan sesuatu (spt belalai gajah atau kepala ular yg hendak mematuk);

tercaduk terangkat (spt kepala ular atau belalai gajah).

cadung; bercadung-cadung tumbuh (benih yg ditanam).

cadur pakaian labuh atau jubah wanita Islam (termasuk kerudung) yg biasa dipakai di Timur Tengah yg menutupi aurat seluruh anggota badan (kecuali muka dan tapak tangan): kaum wanita Iran yg berpakaian ~ masih boleh bergerak dgn cergas ketika memikul senjata.

cagak I 1. cabang (kayu dll); ~ jalan simpang jalan; 2. kayu (galah, tongkat, dll) yg hujungnya bercabang utk menyangga atau menopang sesuatu (meriam, teropong, dll); 3. penyangga atau kaki bermacam-macam alat (kamera, mesingan, dll); 4. Id tiang telefon; 5. sokongan, tunjangan, pertolongan; ~ hidup Id bunga wang yg harus dibayar kpd seseorang semasa hidupnya atau utk beberapa tahun; 6. Kl pengandar rumput: dia memotong rumput dua ~ sehari utk lembunya; 7. alat (drpd kayu, buluh, logam) yg bulat, panjang, kukuh, dan ringan yg digunakan sbg penyidai kain;

bercagak 1. bercabang; 2. memakai cagak (sokong dll); tulang ~ tulang pipi;
  1   2   3   4   5   6   7   8   9   ...   14


Verilənlər bazası müəlliflik hüququ ilə müdafiə olunur ©azkurs.org 2016
rəhbərliyinə müraciət

    Ana səhifə