Lapangan senibina mencapai tahap yang cemerlang di Andalus.Mencu tanda kegemilangan senibina ialah istana Alhambra yang dinisbahkan sebagai “The artistic genius of Muslim Spain”.Keindahan bangunan-bangunan di Andalus meliputi bahagian luaran dan dalamannya.Antara gubahan kesenian senibina Andalus diilhami rekabentuk geometri yang halus dan kompleks disulami pula dengan khat dan ukiran Arab yang syahdu.Al-Muqarri didalam karyanya “Nafh al-Tibb” telah memperincikan senibina kota Cordoba yang mengasyikkan.Al-Syaqundi didalam nukilannya “Rísalah” telah menditilkan bahawa menjelang abad ke 10M Cordoba memiliki 1,600 buah masjid yang indah,900 tempat mandi umum,60,300 rumah-rumah pegawai kerajaan dan tentera,213,077 perumahan penduduknya serta 80,455 gedung-gedung perniagaan.