Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan
Lao Tze menyarankan supaya manusia menarik diri daripada duniawi dan mencari jalan bahagia secara mengasingkan diri daripada peraturan duniawi dan upacara yang merugikan.
Perkara yang ideal bagi pengikut Taoisme ialah manusia seharusnya bebas daripada peraturan ciptaan manusia.
Lao Tze menganggap bahawa seseorang tidak seharusnya mementingkan masyarakat pada keseluruhan.
Beliau tidak bersetuju dengan konsep kerajaan kerana ia dianggap menghalang perjalanan alam.
Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun.
Menurutnya lagi, penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh negara China adalah dengan kembali ke alam semesta dan menolak tamadun.
Bagi penganut Taoisme, kerajaan yang paling berkesan ialah yang paling sedikit memerintah.