1. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguam bela tetapi gagal.
1. Semasa di Bombay, beliau mencuba nasib sebagai seorang peguam bela tetapi gagal.
2. Beliau kemudiannya diarah untuk membela seorang klien di Afrika Selatan.
3. Di sana, beliau menyaksikan diskriminasi yang sangat teruk. Bangsa India, samada peniaga mahupun buruh dianggap sebagai golongan kelas kedua dan dipanggil "kuli" atau "sami".
4. Pengalaman diskriminasi yang pertama berlaku di Maritzburg, ibu negeri Natal. Sewaktu di dalam keretapi, seorang berkulit putih telah membantah kehadiran seorang "berwarna" di kelas pertama dan mengarah beliau untuk pindah ke kelas ketiga. Beliau enggan menurut kemahuannya kerana mempunyai tiket kelas pertama. Akhirnya beliau serta begnya telah dihumban keluar dari keretapi tersebut.