Sejarawan yang terawal muncul di Andalus ialah Abdul Malik ibnu Habib (md 845M) yang menghasilkan 1000 buah karya mengenai sejarah.Tokoh-tokoh sejarawan lain adalah Ibnu Musa al-Razi (md 886M) dan Marwan ibnu Hayyan (md 1075M) yang menghasilkan karya-karya sejarah yang terperinci seperti ensiklopedia sejarah.Antara karya besarnya “al-Matin” sebanyak 50 jilid dan “al-Muqtabis” sebanyak 10 jilid.Sejarawan unggul Andalus berikutnya ialah Ibn Hazm (md 1064M) menghasilkan 400 karya dalam teologi,falsafah,akhlak,perundangan,tatabahasa,puisi,sastera dan sejarah.