Ahli geografi tersohor Andalus ialah Ahmad bin Muhammad al-Razi (md 936M),Muhammad bin Yusuf al-Warraq (md 973M),Ahmad bin Umar al-‘Udhiri (md 1084M,al-Bakri ( md 1094M),Abdullah al-Hijari (md 1155H),al-Idrisi (1100-1166M) dan Ibn Batutah (md 1377M).Ketokohan al-Idrisi sebagai ahli geografi Islam Amat menyerlah.Beliau dianggap orang yang pertama menghasilkan peta dunia.Ketika berkhidmat dengan Raja Roger II di Sicily,beliau telah mencipta glob yang diperbuat daripada perak yang menggambarkan keadaan muka bumi secara komprehensif.Semua usaha al-Idrisi yang didedikasikan kepada Raja Roger itu telah dibukukan yang dipanggil The Book of Roger atau didalam bahasa Arab disebut ”Nuzhat al-Musytaq fi Ikhtinaq”.