Selepas generasi Hunayn baru muncul tokoh-tokoh perubatan Islam seperti Zakaria al-Razi ( 865 – 925 M ). Al-Razi mempelajari ilmu perubatan dari Hunayn bin Ishaq di Baghdad.Al-Razi sebagai seorang doktor yang mempunyai daya analisis yang tajam tentang gejala-gejala dan kesan-kesan penyakit,cara pendekatan serta pemulihannya.Beliau meletakkan etika perubatan di tempat yang tinggi dan menentang sebarang unsur penipuan dan penyelewengan dalam amalan perubatan.Beliau telah menghasilkan 200 buah karya perubatan.