Pengukuran-pengukuran yang dihasilkan oleh para astronomis Islam telah dibukukan dalam bentuk jadual-jadual berupa taqwim atau kalendar.Astronomis yang bernama al-Faraghani yang hidup se zaman dengan al-Khawarazmi telah menulis dua karya yang penting dalam bidang ini iaitu Usul al-Falak ( Prinsip Astronomi ) dan Jawami’ ‘Ilm al-Nujum wa Usul al-Harakat al-Samiya ( Sains Bintang dan Prinsip Pergerakan Cakerawala ).al-Batani ,astronomis se zaman dengan al-Faraghani mengarang jadual astronomi yang berjudul Zij al-Sabi.Manakala Abdul Rahman al-Sufi mengarang karya astronomi berjudul Suwar al-Kawakib.