Para Anbiya’ a.s. seperti Adam a.s.( menguasai ilmu bahasa,pertanian dan kejuruteraan besi ),Idris a.s. ( adalah keturunan ke enam dari Adam a.s. mahir dalam lapangan astronomi,perubatan,matematik dan kejuruteraan binaan ),Nuh a.s. ( adalah nabi yang ke empat selepas Adam a.s. berkeahlian dalam kejuruteraan pembuatan kapal ),Nabi Ibrahim a.s. ( mendalami astronomi ) dan Nabi Daud a.s. ( kejuruteraan besi dan pakar strategi peperangan ) bukan sahaja mahir dalam ilmu kerohanian dan teologi tetapi mereka juga mempunyai kemahiran tertentu yang menjadi mukjizat kenabian untuk melestarikan dakwah kenabian mereka.