Pada tahun 473 Hijrah, al-Imam al-Ghazali berguru dengan seorang syaikh yang sangat terkenal pada waktu itu iaitu Imam al-Haramain.Gurunya pernah memujinya dengan mengatakan bahawa Imam al-Ghazali adalah umpama lautan yang tidak bertepi yang menandakan betapa dalam dan luasnya ilmu yang dimiliki oleh Imam al-Ghazali. Malah beberapa orang pengkaji al-Imam al-Ghazali mengatakan bahawa beliau memiliki darjah kecerdasan yang sangat tinggi, di paras genius.
Beliau telah belajar ilmu-ilmu agama dan ilmu-ilmu bahasa seperti ilmu fiqh, ilmu usul, ilmu mantiq, ilmu falsafah, ilmu kalam dan ilmu perdebatan. Semuanya dikuasai dengan mudah.
Di sinilah Imam al-Ghazali telah mula menulis kitab-kitabnya yang banyak seperti al Munqidh Min ad Dalil.