Beliau merupakan orang pertama yang mengajar aljabar dalam bentuk yang mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah perwarisan, pembahagian harta dan perniagaan
Beliau merupakan orang pertama yang mengajar aljabar dalam bentuk yang mudah dan menyelesaikan banyak masalah yang dihadapi oleh masyarakat seperti masalah perwarisan, pembahagian harta dan perniagaan.
Kesan daripada sumbangan ini, kaedah berangka digunakan secara meluas dalam pelbagai ilmu. Antaranya ialah dalam bidang fizik, statistik, kejuruteraan, ekonomi, pengurusan dan sebagainya.
Al-Khawarizmi digelar “Bapa Kaedah Berangka” kerana sumbangan beliau ini.
Secara tidak langsung, nama beliau diakui apabila tertera dalam setiap penulisan tentang kaedah berangka/analisis berangka, juga dalam bahasa Inggeris disebut “algorithm” (satu susunan langkah- langkah atur cara bagi menyelesaikan sesuatu masalah secara berangka.