Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.
Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan mengendalikan urusan kewangan negara.
Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya Nasruddin kemudiannya).
Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan Ismail menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.
Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.
Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar, terdiri daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di pinggir Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.
Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.
Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.
Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism.
Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.
Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah masjid jamik di Nanking.
Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat pada dinding masjid yang dibinanya.
Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.
Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah masjid.
Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya.
Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan - mereka dipanggil Han Hui.
Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.