Mereka kemudiannya belajar di Madrasah an- Nizamiyyah yang diasaskan oleh Nizam al-Mulk,perdana menteri kepada as-Sultan Alp Arslan yang dibiayai sepenuhnya oleh madrasah tersebut.
Mereka kemudiannya belajar di Madrasah an- Nizamiyyah yang diasaskan oleh Nizam al-Mulk,perdana menteri kepada as-Sultan Alp Arslan yang dibiayai sepenuhnya oleh madrasah tersebut.
Al-Imam Abu Hamid al-Ghazali telah belajar ilmu fiqh daripada seorang alim yang bernama asy-Syaikh Ahmad ibn Muhammad ar-Radhakani.
Pada tahun 473 Hijrah, al-Imam al-Ghazali berguru dengan seorang syaikh yang sangat terkenal pada waktu itu iaitu Imam al-Haramain.Gurunya pernah memujinya dengan mengatakan bahawa Imam al-Ghazali adalah umpama lautan yang tidak bertepi yang menandakan betapa dalam dan luasnya ilmu yang dimiliki oleh Imam al-Ghazali. Malah beberapa orang pengkaji al-Imam al-Ghazali mengatakan bahawa beliau memiliki darjah kecerdasan yang sangat tinggi, di paras genius.